JenayahNasionalNegeri

Polis cekup enam Geng Faiz Tanah Merah curi, samun motosikal

Kelicikan sebuah kumpulan curi dan samun motosikal dikenali sebagai Geng Faiz Tanah Merah membabitkan enam ahlinya tumpas apabila kesemua suspek berjaya ditahan polis dalam satu serbuan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, seorang kakak dan adiknya dipercayai ketua Geng Faiz Tanah Merah termasuk seorang remaja berusia 13 tahun antara enam ahli yang diberkas oleh polis.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 13 hingga 40 tahun itu aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Melaka Tengah sejak April lalu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan antara pukul 11.30 pagi hingga 5.00 petang.

“Berdasarkan maklumat polis menyerbu beberapa lokasi seperti Tangga Batu, Paya Rumput, Taman Paya Rumput Indah dan Rembia.

“Berdasarkan siasatan awal terhadap kesemua suspek, mereka mengaku mencuri motosikal dan terlibat dalam beberapa jenayah samun,” katanya di sini hari ini.

Christopher berkata, antara mereka yang ditahan ialah ketua geng tersebut berusia 26 tahun bersama kakaknya berumur 37 tahun.

Katanya, turut ditahan sepasang kekasih serta remaja berusia 13 tahun yang tidak lagi bersekolah.

“Ekoran tertangkapnya kesemua ahli kumpulan tersebut, polis percaya kita dapat menyelesaikan lapan kes curi dan samun motosikal di sekitar Melaka Tengah sejak beberapa bulan lalu,” ujarnya.

Jelasnya, semakan menerusi Sistem Pengurusan Rekod Jenayah (SPRJ) mendapati, lima daripada enam suspek yang ditahan mempunyai rekod kes jenayah lampau antaranya dadah dan curi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 413 KK, Seksyen 379A KK dan Seksyen 414 KK. – SM

BACA Rampasan ganja RM1.13 juta, bekas Koperal antara dicekup

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button