Nasional

Masa tawar geran penyelidikan MPDP 2.0

Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) yang diperkenalkan julung kalinya pada September 2021, telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan penerimaan sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

MPDP merupakan suatu usaha rintis dalam mempromosi penyelidikan dasar yang telah menjadi sebahagian daripada projek flagship MASA sepanjang tahun 2021 dan 2022, seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Sebanyak 30 Ringkasan Polisi berjaya dihasilkan – merangkumi penyelidikan dasar dalam bidang Ekonomi, sosial, pendidikan dan pembangunan lestari. Sejajar dengan peranannya sebagai salah sebuah badan pemikir yang sentiasa menjalin kerjasama

Strategik dengan pelbagai pihak, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menawarkan sekali lagi geran penyelidikan MPDP 2.0 bagi tahun 2023, kepada badan pemikir, para penyelidik dan ahli akademia dari IPTA dan IPTS.

MPDP 2.0 kali ini menawarkan geran sehingga RM15,000 untuk setiap kertas cadangan penyelidikan yang terpilih. Pemohon yang berjaya perlu menghasilkan ringkasan polisi dan digalakkan untuk menerbitkan hasil penyelidikan dalam media cetak, media elektronik dan/atau jurnal terkemuka.


Mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan mengikut kategori dan tema terpilih bersandarkan kepada lapan (8) fokus utama sebagai persediaan dalam menangani cabaran kemelesetan ekonomi 2023 dan tahun-tahun akan datang meliputi fokus tema/ isu Rumah Mampu Milik, Keselamatan Makanan, Perlindungan Sosial, Perubahan Iklim, Memacu Perniagaan, Meningkatkan Kemahiran Secara Berkala, Membina Daya Tahan Kesihatan & Kesiapsiagaan Krisis Masa Depan dan Menangani Keciciran Pembelajaran.

Borang permohonan MPDP 2.0 yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 Januari 2023 (Isnin). Untuk makluman lanjut, sila layari laman sesawang MASA di https://bit.ly/MPDP_2-0 atau Hubungi Bahagian Dasar dan Penyelidikan menerusi emel [email protected]

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button