Ekonomi

Bank Rakyat, SK Seri Permai kerjasama jayakan inisiatif SnET, manfaat lebih 1,300 murid

BANK RAKYAT dan Sekolah Kebangsaan Seri Permai bekerjasama menjayakan inovasi Smart and Easy Table (SnET) di sekolah berkenaan yang mana merupakan inisiatif pengubahsuaian meja sekolah pertama di Malaysia.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, usaha kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif Jangkauan Komuniti Bank Rakyat yang mana memanfaatkan lebih 1,300 murid bagi menangani isu beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah.

Kerjasama ini juga bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan inovasi SnET agar murid dapat merancang dan mengurus keperluan pembelajaran mereka dengan lebih efisien menggunakan lokar simpanan dan kompartmen sisi yang diubah suai pada meja sedia ada mereka.

Idea inovasi SnET yang dicetuskan oleh Guru Besar SK Seri Permai, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail melibatkan sebanyak 666 buah meja yang diubah suai dengan dua lokar berkunci untuk simpanan buku bagi kegunaan murid sesi pagi dan petang selain tiga kompartmen sisi untuk penyimpanan barangan peribadi murid seperti kotak pensel, botol air dan satu ruangan khusus untuk tabung Kelab Nuri Bank Rakyat.

Inisiatif ini juga adalah usaha berterusan Bank Rakyat dalam mempertingkat literasi dan rangkuman kewangan dalam kalangan murid menerusi penyediaan tabung Kelab Nuri sekali gus memperkasakan budaya menabung dalam kalangan generasi muda.


SnET dilakukan dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda (SMKRTU) serta sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat, MAIDAM lancar Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu

 

(Visited 276 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button