Politik

UMNO perlu amalkan sistem demokrasi untuk kekal relevan – Penganalisa politik

Respon kepada kenyataan Ahmad Maslan berkaitan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden

Sebagai sebuah parti antara tertua dalam sistem demokrasi di Malaysia, atas semangat menjujung amalan demokrasi yang dipelopori oleh UMNO sendiri sejak pembinaan negara pasca Merdeka, adalah wajar elemen demokrasi tetap di uruskan dengan baik oleh UMNO, untuk itu, wajar UMNO mengadakan “Pemilihan tanpa pengecualian” bagi menunjukkan betapa dokongan terhadap demokrasi tetap di pertahankan.

Pemilihan UMNO penting bagi menunjukkan kepada umum bahawa UMNO sebuah perjuangan yang kekal releven dengan jiwa demokrasi atas dokongan agama, bangsa dan tanah air yang di dokong oleh parti itu.

Pemimpin utama parti diyakini berjiwa besar dalam memastikan UMNO kekal kuat dan berbudaya demokratik dengan membenarkan pemilihan parti dijalankan tanpa prejudis, ia diyakini sedemikian atas asas personaliti pemimpin utama UMNO yang masih kekal relevan dalam suasana politik kini, khususnya pasca PRU 15.

Tindakan melaksanakan Pemilihan UMNO adalah juga gambaran betapa UMNO menjunjung institusi Presiden dan Majlis Tertinggi dengan amalan demokrasi yang tulen dan jitu.

Amalan demokrasi profesional patut menjadi landasan UMNO memperkukuhkan kedudukan parti itu sebagai KIng Maker dalam pembentukan blok kerajaan pasca PRU 15 yang lalu.

Relevennya UMNO dengan pembinaan diri sebagai parti “bernilai tinggi” pasca PRU15 dalam pembentukan kerajaan wajar menjadikan UMNO lebih demokratik dan berjiwa hebat bagi memperkukuhkan kedudukan pemimpin utama parti yang tetap releven di akar umbi.

UMNO harus amalkan demokrasi profesional dan mesra pemilihan, supaya parti itu kekal mendapat mandat segar dari semua peringkat dalam mendepani cabaran masa depan dalam konteks geopolitik semasa yang memerlukan keterbukaan.

Dr. Md. Shukri Shuib,

Penganalisis Dasar Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button