Nasional

Kes gaduh hingga maut di Bangsar, seorang suspek ditahan

SEORANG lelaki ditahan susulan kes pergaduhan bermotifkan dendam lama yang mengakibatkan satu maut di Bangsar, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa yang bersia 26 tahun itu ditahan di Selayang Baru, Batu Caves, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

“Suspek telah membawa kita ke beberapa rumah suspek-suspek lain yang terlibat.

“Namun, kesemua suspek-suspek tersebut tidak berada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Semalam, Anuar mengesahkan berlaku kejadian pergaduhan melibatkan dua orang mangsa kira-kira pukul 1 pagi.

“Mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 28 tahun yang sebelum itu minum minuman keras di sebuah kedai di Jalan Telawi bersama rakannya yang berusia 30 tahun,” katanya.

Tambahnya, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 302/326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan cedera parah. -SM

(Visited 868 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button