Nasional

Sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia: diskaun saman trafik 80%

SEJAK semalam, berita diskaun saman trafik diberi sehingga 80% sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia disambut dengan gembira dan rasa syukur dalam kalangan pemandu yang mempunyai saman trafik.

Tidak kira sama ada saman yang diterima oleh pesalah trafik disebabkan oleh pandu melebihi had laju yang ditetapkan dan pelbagai kesalahan lalu lintas yang lain.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80% bermula hari ini, Khamis sehinga 12 Disember ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC.

Katanya, pembayaran juga boleh dibuat di kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari.

Bagaimanapun, beliau berkata melalui satu kenyataannya hari ini, tawaran pengurangan saman tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dlakukan, kesalahan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos kenderaan. – SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button