Nasional

AS sekat Majlis Keselamatan PBB keluar kenyataan gencatan senjata

AMERIKA Syarikat telah menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengeluarkan kenyataan yang meminta agar dihentikan segera keganasan Israel-Palestin pada Isnin.

Ketika ditekan oleh wartawan di Denmark apakah AS menghalangi diplomasi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken berkata, “kami tidak menghalangi diplomasi. Sebaliknya, kami menggunakannya tanpa henti.

Sebaliknya menurut beliau, adakah pernyataan seperti itu “boleh mengakhiri kekerasan atau tidak?”

Katanya, AS akan menyokong sebarang tindakan yang boleh mengakhiri keganasan.

“Sekiranya kita berfikir bahawa ada sesuatu, termasuk di PBB, yang secara efektif akan menghentikan keganasan, kita akan melakukannya.”

“Pada akhirnya,” kata Blinken, “terserah kepada pihak-pihak untuk menjelaskan bahwa mereka ingin melakukan gencatan senjata.”-SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button