Nasionalpilihan

Boleh rentas negeri tanpa kebenaran jika negara capai ‘herd immunity’

RAKYAT akan dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri tanpa perlu meminta kebenaran jika negara sudah mencapai tahap imuniti berkelompok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu boleh dilakukan dalam fasa terakhir Pelan Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma
kehidupan seharian.

“Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

“Fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd immunity
selewatnya pada akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung petang tadi.

Menurut Muhyiddin, beliau menerima banyak rayuan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan ahli keluarga tersayang.

“Sabar dulu. Pada masa ini perkara-perkara ini masih tak dapat kita lakukan. Kita mesti utamakan
usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dahulu.

“InsyaAllah, apabila kita telah mencapai imuniti kelompok pada Fasa Keempat, perkara-perkara ini dapat kita lakukan secara berperingkat dengan pematuhan kepada SOP yang ketat.

“Kejayaan kita mencapai imuniti kelompok pula bergantung kepada berapa ramai rakyat negara ini
dapat menerima suntikan vaksin,” jelasnya. -SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button