NasionalNegeriPendidikan

UniMAP bersama dua universiti kolaborasi dengan LJMU, UK penyelidikan rel, pelabuhan

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) bersama British Council melancarkan Geran Konsortium Universiti United Kingdom (UK)-Malaysia bagi meningkatkan persefahaman bersama antara kedua-dua negara.

Universiti The Liverpool John Moores (LJMU), UK menjemput Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaya (UM) bagi menubuhkan sebuah konsortium dengan kertas kerja bertajuk “A Platform for Training and Research on Sustainable and Resilient Rail and Seaports Infrastructure”.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, persefahaman antara kedua-dua negara ini adalah bagi memupuk pendidikan tinggi antarabangsa dari segi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pertukaran ilmu antara UK dan Malaysia.

Ujarnya, konsortium berkenaan adalah digalakkan untuk bekerjasama dengan agensi atau industri yang berkaitan dengan bidang berkenaan rel dan pelabuhan laut bagi mendapatkan  hasil yang lebih baik mengenai industri itu.

“Justeru UniMAP bertuah kerana menjadi salah satu universiti utama bagi merealisasikan kolaborasi untuk menubuhkan konsortium dalam bidang berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, platform penyelidikan dan latihan kolaboratif telah diberikan kepada universiti-universiti terlibat dengan jumlah keseluruhan £52,969 untuk pembiayaan itu.

“Mesyuarat permulaan telah dilakukan bagi membincangkan semula butiran atau peruntukan sepertimana yang dinyatakan dalam kertas kerja yang akan dijalankan secepat mungkin mengikut garis masa yang ditetapkan.

“Penyelidikan ini akan berpangkalan sepenuhnya di Malaysia dengan beberapa kerjasama dengan pihak UK,” katanya.

Katanya, agenda utama projek ini adalah untuk mempelajari inovasi dan penglibatan merentasi industri rel dan infrastruktur serta pelabuhan untuk diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata projek berkenaan juga akan memberi tumpuan untuk mendapatkan pandangan daripada universiti dan industri bagi memenuhi keperluan program latihan semula dan peningkatan kemahiran KPT-Program Kemajuan Kerjaya (CAP), Program Pengajaran Industri, Program Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET), program kelayakan fleksibel dan mikro; serta program mobiliti.

“Hasil yang bakal diperolehi dalam projek dua tahun merangkumi jangka pendek, sederhana dan panjang adalah seperti persidangan bersama di Malaysia, Ijazah berkembar (Sarjana Sains dan Doktor Falsafah), perjanjian persefahaman (MoU) aplikasi masa depan dan projek baharu.

Selain itu, ia dijangka meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran mengajar rakan kongsi konsortium mengenai industri infrastruktur rel dan persediaan pelabuhan serta penciptaan pelbagai disiplin dan konsortium antarabangsa akademik dan rangkaian pihak berkepentingan yang mantap,” katanya.

Kolaborasi antarabangsa ini bakal memberi manfaat merangkumi kebolehpasaran graduan dan kemahiran kerja masa depan, kurikulum inovatif/pendigitalan bagi mengatasi kekurangan kemahiran dan pengetahuan dalam Malaysian National Green Technology Policy, Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education), Malaysian Rail Supporting Industry Roadmap 2030, Port Development Landscape in Malaysia and Women in Science Agenda – Women Leadership and Empowerment.

Terdahulu, Ketua Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Kejuruteraan Teknologi Kimia (FKTK) UniMAP Prof Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah hadir bagi mengadakan perbincangan berkaitan kolaborasi berkenaan di Jabatan Awam LJMU yang diketuai Dr Ana Bras yang turut dihadiri Pengarah Kejuruteraan Awam dan Persekitaran Binaan LJMU Prof Mike Riley dan penyelidik UniMAP Prof Madya Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh. – SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button