Nasional

Konflik Syria tidak berpenghujung

SYRIA yang berhadapan dengan konflik dalaman dan masalah itu seperti tiada penghujung menyebabkan rakyat berterusan hidup dalam kesukaran.

Saban hari keadaan di Syria semakin tenat selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh puak pemberontak di sana baru-baru ini.

Petubuhan Kebajian Serantau Muslim (Serantau Muslim) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan konflik dalaman negara itu mengorbankan lebih 20,000 nyawa.

[BACA ARTIKEL] Arwa lari dari perang tapi maut kesejukan — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Warkah dari Syria untuk rakyat Malaysia – Suara Merdeka

Katanya, pemberontakan di sana masih berterusan sejak 2011 sehingga kini.

“Daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai sumber lain, 25,170 orang terbunuh dan separuh daripadanya adalah orang awam.

“Keadaan penduduk di sana sangat tenat selepas beberapa siri serangan terbaru dilancarkan baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, Presiden Syrian-American Council, Zeki Lababidi merayu bantuan dunia bagi membantu survival penduduk di sana.

“Beliau sendiri memaklumkan kepada Serantau Muslim bahawa situasi negara itu sangat genting dan memerlukan perhatian serta bantuan semua pihak.

“Mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, air dan tempat tinggal kerana mereka kini hanya berada di sempadan Turki – Syria dengan tiada bekalan sumber yang cukup,” jelasnya.

Justeru, orang ramai diseru untuk menyalurkan bantuan demi membantu orang awam termasuk anak kecil, warga tua dan wanita.

[BACA ARTIKEL] Hampir suku juta penduduk Syria melarikan diri dari Idlib – Suara Merdeka

Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada TABUNG KEMANUSIAAN SYRIA SERANTAU MUSLIM, maybank 5641 0042 3099. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button