Nasional

Petronas perlu bayar cukai jualan Sarawak

PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) perlu membayar cukai jualan di Sarawak sebanyak lima peratus mengikut Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

Pembayaran itu perlu dibuat selepas Ketua Menterinya, Datuk Abang Johari Abang Openg menyatakan Petronas akan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Tindakan tarik balik rayuan itu dibuat selepas diarahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak berbuat demikian.

Petronas dilapor membawa kes Mahkamah Tinggi  ke Mahkamah Rayuan pada Jun tahun lalu selepas keputusan tidak memihak kepada mereka.

Menurut beliau, Sarawak berhak dibawah perlembagaan persekutuan untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum di negeri itu.

BACA > Isma terkejut lantikan Eric Paulsen dalam MPKM — Suara Merdeka

“Kerajaan persekutuan meminta Petronas akur dengan kepuutusan Mahkamah Tinggi.

“Sarawak mempunyai hak di bawa perlembagaan persekutuan untuk mengenakan cukai jualan selain membayar cukai jualan negeri,” katanya lapor portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

ABANG JOHARI

Terdahulu, Petronas enggan membayar cukai jualan yang dikenakan Kerajaan Negeri Sarawak selepas mendakwa caj tersebut bertentangan dengan perlembagaan.

Justeru, kerajaan negeri itu bertindak menfailkan tindakan undang-undang sebelum Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Sabah dan Sarawak mempunyak hak berbuat demikian.

Keputusan tersebut juga menyebabkan permohonan Petronas untuk mengisytihar cukai jualan negeri Sarawak sebagai tidak sah dan terbatal.

Sebelum ini pada Jun 2018, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan syarikat minyak negara itu bagi mendapatkan perisytiharan berhubung kuasa mengawal selia aktiviti haluan sumber minyak di Sarawak.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Petronas tidak tertakluk di bawah peruntukan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

BACA > Covid-19: Singapura batalkan perlumbaan F1 — Suara Merdeka

Katanya, Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa eksklusif asal untuk mendengarnya kerana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button