Hiburan

Selimut Kasih ilham dari pelarian bumi Syria : Inteam

Kumpulan Nasyid popular Inteam melancarkan sebuah Lagu dan Muzik Video bertajuk Selimut Kasih, lirik tersebut ditulis oleh Fedtri Yahya yang diilhamkan semasa Inteam memberi bantuan di bumi Syria pada Februari lalu.

“Alhamdulillah Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya.

Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun”,kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih semasa sesi pelancaran itu.

Dalam pada itu Inteam yang merupakan Ikon Kemanusiaan bagi Pertubuhan Kemanusiaan, Peduli Insan, berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM1,025,252,75, sepanjang tahun 2022 untuk pelarian warga Syria.

Inteam juga berharap melalui karya Selimut Kasih ini mampu memberi kesedaran terhadap masyarakat untuk terus membantu pelarian Syria.

Menceritakan pengalaman mereka semasa di sana, pelbagai kisah sedih di sebalik kem tersebut yang tersembunyi, lebih-lebih lagi apabila musim sejuk pelarian di sana kekurangan bekalan makanan dan baju sejuk.

Kerana itu Peduli Insan memberikan bantuan bukan sahaja dari segi makanan, malah selimut yang tebal, baju sejuk, khemah dan Pendidikan untuk anak-anak pelarian dengan jumlah RM1juta.

Perancangan untuk tahun hadapan pula Peduli Insan semangnya merancang untuk memberikan bantuan sekali lagi kepada kem-kem pelarian namun pihaknya masih berbincang dan perlu mengadakan racagan dengan rapi kerana mengambil faktor keselamatan.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Syria, Palestin dan Yaman boleh menyumbang ke dalam akaun rasmi Bank Islam 0704 301 1 06 2019 di atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button