Nasional

Lelaki Orang Asli berusia 25 tahun maut dihempap harimau di Pos Pasik

SEORANG lelaki Orang Asli berusia 25 tahun dikenali sebagai Pisie Amud maut dihempap harimau di Pos Pasik.

Mangsa, Pisie Amud dilaporkan hilang sejak semalam apabila dia tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kampung berhampiran pada pagi Selasa.

Mayatnya ditemukan penduduk kampung dengan kesan kecederaan di seluruh kepala dan badan petang semalam.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu Zarina Razlan ketika dihubungi mengesahkan serangan terbaru itu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital Gua Musang.

Susulan kejadian itu, polis telah menjalankan operasi untuk mengesan harimau itu. -SM

Baca Disambar petir ketika guna earphone, pemuda Orang Asli diterbangkan ke hospital

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button