NasionalParlimen

Yang tak pakai tali leher di parlimen hanya Israel dan Singapura

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mencuri tumpuan pada sidang Dewan Rakyat hari ini, apabila menegur mereka yang tidak memakai tali leher ke parlimen hanya diamalkan di Singapura dan Israel.

Sindiran spontan beliau setelah terdapat wakil rakyat yang mahukan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memberi panduan etika berpakaian kaedah baharu setelah beliau membenarkan para ahli parlimen tidak mengenakan tali leher hari ini.

Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebahagian besar ahli parlimen kerajaan tidak memakai tali leher.

Sebelum itu, Johari mencelah dengan berkata, banyak negara Arab membenarkan tali leher tidak dipakai ketika persidangan Parlimen.

“Speaker dan kami semua (Perikatan Nasional) tertib (kerana memakai tali leher), puak-puak ini saya tak tahu.

“Jadi saya minta Yang Berhormat (Speaker), tolong buat perbandingan sedikit,” kata Shahidan.

Terdahulu, M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) memuji Johari kerana membuat keputusan membenarkan MP tidak memakai tali leher ketika persidangan Parlimen.

Beliau meminta supaya kebenaran itu diteruskan dalam sidang Parlimen akan datang.

Shahidan turut menegur istilah lebih banyak suara menyokong digunakan Johari sebagai salah, kerana tiada yang membantah bermakna sokongan sebulat suara.

Shahidan juga membantah kerana pada tanda namanya diletak sebagai wakil rakyat Bebas, sedangkan beliau dari Pas.

Beliau juga memaklumkan tiada gambar dirinya pada tanda nama berkenaan.

”Ada gambar hantu sahaja,” katanya.

Johari kemudiannya mengarahkan setiusaha parlimen mengambil tindakan bantahan Shahidan itu.

Johari Abdul yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun, bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik, tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.

Johari, 67, yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), mula memasuki gelanggang politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dengan bertanding atas tiket PKR di Parlimen Sungai Petani, Kedah, pada November 1999, namun tewas.

(Visited 746 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button