KemalanganLuar Negara

Bas tentera Syria meletup akibat diserang bom

Sebuah bas tentera meletup di Damsyik, Syria meletup akibat diserang dengan bom dan tragedi itu mengakibatkan 14 orang maut.

Memetik laporan BBC, sekurang-kurangnya dua letupan disasarkan ke arah bas tentera yang melalui jalan di jambatan utama Jisr al-Rais di ibu negara.

Dalam masa sama, pasukan bom bergegas ke lokasi kejadian dan memusnahkan alat letupan ketiga yang difahamkan ada ditanam di kawasan berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa masih mencari pelaku yang akan bertanggungjawab melakukan serangan itu dan jika menurut rekod, serangan sedemikian banyak didalangi kumpulan Daesh.

Terdahulu, serangan bom dilaporkan paling teruk berlaku sejak Mac 2017 dan mengakibatkan 31 orang terbunuh selepas pengebom berani mati melancarkan serangan di Istana Kehakiman.

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button