Hiburan

Dolla tampil dengan lagu raya pertama

SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan Dolla yang dianggotai oleh empat gadis yang sebelum ini pernah dikatakan klon kepada kumpulan K-Pop terkenal, BlackPink.

Selepas tampil dengan single berjudul Dolla Make You Wanna dan Impikan, Dolla tampil dengan lagi terbaharu mereka berjudul Raya Raya Raya.

Lagu tersebut adalah ciptaan bersama oleh beberapa orang komposer dan penulis lirik yang professional iaitu Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique.

Bercerit mengenai lagu tersebut, menurut anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, mereka mengambil masa selama lapan jam untuk merakamkan lagu tersebut.

“Pengalaman merakamkan video muzik sangat menyeronokkan kerana kita semua berpakaian seperti di era ‘retro’,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota Dolla, Tabby pula berkata, lagu terbaharu mereka adalah berbeza kerana rasa seperti biasa didengari tetapi mempunyai sentuhan karakter Dolla.

Angelina Chai atau Angel yang berasal daripada Sarawak pula berkata Dolla masih lagi menari, tetapi lebih kepada menghayati lagu dan ianya mempunyai jalan cerita di mana merupakan sesuatu yang baharu bagi mereka.

Syasya yang merupakan ahli kumpulan yang paling muda pula berkata lagu Raya Raya Raya menunjukkan sisi lain Dolla daripada yang selalunya.

“Walaupun wabak Covid-19 banyak menghalang kita melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti kebiasaan di hari raya, namun saya berharap agar semua pendengar masih lagi dapat merasainya dengan mendengar lagu kami,” katanya. -SM

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button