fbpx
Hiburan

Siti Nurhaliza buktikan penjualan CD masih dapat sambutan

DISEBALIK dunia digital yang mendominasi industri muzik sehingga ada yang beranggapan bahawa album fizikal sudah tidak mampu dijual, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula membuktikan sebaliknya.

Album fizikal (cd) ManifestasiSITI2020 yang berada di pasaran selama empat bulan telah mencatatkan jualan berjumlah lebih 5,000 unit.

Catatan rekod itu sekaligus melayakkannya untuk menerima Anugerah Emas daripada syarikat Universal Music Sdn. Bhd.

Berkongsi rasa bersyukurnya, Siti turut berharap agar album ke-18 ini akan terus mendapat sambutan.

“Saya bersyukur kerana dalam era digital, album fizikal saya masih mendapat sambutan baik setelah empat bulan berada di pasaran.


“Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Album ini memuatkan memuatkan 11 lagu itu termasuk lagu ‘Anta Permana’ yang pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Selain album fizikal ‘ManifestaSITI2020’ , turut boleh dinikmati melalui album digital di di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.

Album ini diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button