fbpx
Hiburan

Anak lelaki Krisdayanti bergaduh dengan Raul Lemos

PANAS apabila anak tiri bergaduh dengan bapa tiri di media sosial. Semuanya dapat dibaca di media sosial. Agaknya, di manakah penyanyi Kris Dayanti atau lebih mesra dengan panggilan KD mahu letak mukanya apabila suaminya, Raul Lemos bergaduh dengan anak lelakinya hasil daripada perkahwinannya terdahulu.

KD pernah berkahwin dengan Anang Hermansyah dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan Azriel Hermansyah yang berantakan dengan Raul.

Menurut ciapan Raul Lemos di Tweeter, dalam insta storynya, dia bercerita tentang seseorang yang tidak menghormati orang tua (ibu bapa).

Apabila disiasat, ciapan Raul Lemos  ditujukan kepada Azriel Hermansyah.

“Saya selalu mengajar anak-anak hormat kepada orang yang lebih tua. Alhamdulillah, mereka mengikut,” tulis Raul Lemos pada Rabu (3 Jun) lalu.

Raul Lemos turut menegaskan, jika ada anak yang tidak hormat pada orang tua, itu juga adalah kegagalan orang tua dalam mendidik anak.

“Kalau ada anak yang tidak hormat kepada orang yang lebih tua, bukankah itu kegagalan orang tuanya sendiri?” tulis Raul Lemos.

Catatan Raul Lemos itu dibalas oleh Azriel Hermansyah.

“Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku. Semoga kita selalu kuat,” tulis Azriel.

Azriel kemudiannya mengungkapkan perilaku Raul Lemos yang memaki Anang (bapa kandung Azriel, bekas suami Krisdayanti) dan Ashanty (isteri baharu Anang, ibu tiri Azriel).

“Mimi (Krisdayanti) cuma diam, Malah menyalahkan kami. Om (Raul Lemos) maki-maki. Sampai maki bunda (Ashanty) dan pipi (Anang) juga,” tulis Azriel di Instagramnya pada Ahad (7 Jun).

Rentetan daripada hubungan yang tegang di antara Azriel dan bapa tirinya, Raul Lemos, abangnya, Aurel Hermansyah merasa tertekan dan terpaksa dibawa ke psikiatris.

“Kakak sampai ke psikolog,” tulis Azriel.

Dalam catatan terakhirnya, Azriel mempersoalkan Raul Lemos yang sering bersikap meremehkan dan memalukan keluarganya.

“Kenapa om (pakcik Raul Lemos) benci sangat kepada kami? Sampai mimi (Krisdayanti, ibu kandung Azriel) harus ikut tulis di feed chat seperti budak-budak.

“Bukankah om sepatutnya menegah, bukannya manasin kita ya?” kata Azriel di Instagram: @azriel_hermansyah, @raullemos06 – SUMBER ASTRO GEMPAK https://gempak.com/gempakid/artikel/37337/konflik-raul-lemos-dengan-azriel-hermansyah-saling-sindir-di-sosial-media-apa-salah-kita-mii– SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button