Hiburan

Pengacara terkenal dijangkiti Covid-19

PENGACARA terkenal, Ellen DeGeneres memaklumkan yang dia disahkan positif Covid-19 dalam satu status di Instagram hari ini.

Menurutnya, walaupun disahkan positif, dia masih lagi berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang gejala yang teruk.

“Semua yang menjadi kontak rapat saya sebelum ini sudah pun dihubungi dan menjalani ujian saringan.

“Saya sedang mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan dan kita akan bertemu kembali selepas saya habis bercuti,” katanya.

Tetamu terakhir yang tampil dalam programnya iaitu The Ellen Show pada Rabu lalu ialah pelakon teater muzikal Hamilton iaitu Leslie Odom Jr.

Selain itu, beberapa tetamu lain yang hadir pada bulan Disember ialah Justin Bieber, Lil Nas X, Bryan Cranston dan Diane Keaton.

Pada Oktober lalu, The Ellen Show menjadi program pertama yang menyambung semula penggambaran di studio.

Beberapa syarat mula ditetapkan iaitu dengan kehadiran sebanyak 40 orang penonton sahaja berbanding 300 penonton seperti sebelum ini. -SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button