Hiburan

Video Lan Pet Pet bergaduh dengan penghantar makanan tular

PELAWAK popular, Mazlan atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet didakwa bergaduh dengan seorang penghantar makanan.

Menerusi satu video yang tular di laman sosial, Lan dilihat seperti menumbuk penghantar makanan itu sebelum ditenangkan orang ramai.

Menerusi rakaman video yang dirakam pengguna jalan raya itu, Lan sempat didengar menghamburkan kata-kata berbaur amaran dalam loghat Kedah yang pekat ketika sedang ditenangkan.

“Hang (kamu) duduk line kanan jangan nak tunjuk samseng kat aku. Hang (kamu) tau dak aku sapa?”, katanya.

Namun begitu, lokasi serta tarikh kejadian tersebut berlaku tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, pelawak berkenaan mengejutkan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya itu. -SM

(Visited 955 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button