fbpx
Nasional

Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham buku untuk ‘budak bertatih’

DALAM tempoh lima tahun, akan ada lima buku dalam pasaran  kerana inilah sasaran Zuraida Mohd. Zakaria untuk menerbitkan buku berkaitan dengan dunia saham.

Zuraida atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Saham telahpun menerbitkan buku saham pertamanya bulan lepas.

Dengan menggunakan judul Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham, buku setebal 185 mukasurat, boleh dibeli secara dalam talian atau online.

Menurut Cikgu Saham, beliau merasa gembira apabila buku pertama itu menjadi realisasi dan bukan sekadar fantasi.


“Buku ini senang untuk dihadam oleh pembaca dan harganya pun berpatutan. Bagi pesanan di Semenanjung, harga senaskah buku hanya RM98.

“Manakala pesanan dari Sabah dan Sarawak, harganya RM108, tidak termasuk harga pos,” katanya yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam dunia saham.

Menurut Cikgu Saham lagi, bukanlah satu rahsia apabila semua orang mengetahui, untuk mempelajari ilmu saham, kos yang perlu dibayar bukanlah murah.

Justeru katanya, apabila buku sulungnya berada di pasaran, sekurang-kurangnya pembelajaran saham agak murah untuk dipelajari oleh rakyat Malaysia.

”Memandangkan kelas saham ada yang mencecah ribuan ringgit hanya untuk belajar asas tentang pasaran saham, maka saya lahirkan buku saham ini.

“Untuk makluman semua, senaskah buku saya, Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham ada di Bursa Knowledge Centre.

“Kalau ada mana-mana institusi pengajian tinggi atau universiti yang mahu buku Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham ini diletakkan di perpustakaan mereka, sila hubungi [email protected],” ujarnya.

Ilmu saham yang dimiliki oleh Cikgu Saham yang dicurahkan dalam buku pertamanya itu, turut diwakafkan kepada beberapa pihak yang memerlukan.

Katanya, sebanyak 38 naskah telah diwakafkan kepada Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan dua buah naskhah lagi diserahkan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kata Cikgu Saham lagi, dalam keadaan rakyat Malaysia diminta patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan duduk di rumah, ramai orang telah menyedari bahawa tiba masanya untuk mereka membuat pelaburan saham di rumah.

“Dengan buku ini, bolehlah membantu mereka untuk memulakan ilmu salam di rumah dan semestinya, boleh menjana pendapatan,” katanya.

Katanya lagi, indeks kita secara perlahan-lahan naik daripada paras 1209 iaitu paras terendah tahun 2020 dan  hari ini telah naik hampir mencecah 1400 iaitu 1398.41.

“Itulah pergerakan indeks yang berlaku pada hari ini,” katanya sambil menambah, dengan buku Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham ini, pembaca diajar langkah demi langkah untuk mula melibatkan diri dalam pasaran saham. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button