Nasional

Hari kedua berturut pemberian vaksin melebih 300,000 dos

SELEPAS merekodkan pemberian pemberian vaksin melebih 300,000 dos pada Isnin lalu, negara sekali lagi mencatatkan pemberian dos melebihi 300,000 semalam.

Sejumlah 340,043 dos disuntik di seluruh negara melibatkan 206,757 dos pertama dan 133,286 dos kedua.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba, jumlah tersebut adalah jumlah suntikan harian tertinggi direkodkan.

“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 pada 6 Julai 2021 ialah 340,043 dos, yang tertinggi setakat ini,” ciap Dr. Adham di Twitter.

Selangor mencatatkan pemberian tertinggi iaitu 57,473 dos pertama dan 22,525 dos kedua; diikuti Kuala Lumpur 39,031 dos pertama dan 14,124 dos kedua.

Sarawak turut merekodkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 27,980 dos pertama dan 31,289 dos kedua dan Perak dengan pemberian dos pertama sebanyak 14,521 dan dos kedua sebanyak 6,188.

Pada 5 Julai lalu sejumlah 312,761 dos diberi melibatkan 196,603 dos pertama dan 117,158 dos kedua.

Sebelum ini kerajaan mensasarkan pemberian 300,000 dos sehari bermula Ogos.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis jumlah tersebut mampu mencecah 400 ribu sehari bulan ini.

Negara dijangka akan menerima 14.395 juta dos vaksin bulan ini melibatkan 6.4 juta vaksin jenis Pfizer, 1.5 juta vaksin AstraZeneca dan 6.3 juta Sinovac.-SM

 

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button