fbpx
Nasional

COVID-19: Pekerja warga asing wajib jalani saringan kesihatan

SEMUA pekerja warga asing diwajibkan membuat saringan kesihatan COVID-19 atau swop test.

Arahan ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhar harian, sebentar tadi.

Keputusan itu diambil sebagai langkah pencegahan memandangkan dua hari berturut-turut, terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang berlaku kepada pekerja asing.

Pekerja asing ini, kata Ismail Sabri, bekerja di sebuah tapak pembinaan di Ampang dan sebagai membendung penularan, pihak Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan tapak pembinaan tersebut, ditutup.


Menurut Ismail Sabri lagi, kos saringan kesihatan atau swop test yang dijalani oleh para pekerja asing hendaklah dibiayai oleh majikan masing-masing.

“Kita telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan semua pekerja warga asing di semua sektor diwajibkan membuat saringan kesihatan COVID-19.

“Pekerja asing di semua sektor termasuk sektor pembinaan, perkilangan, komersial dan kedai makan.

“Mereka diwajibkan buat saringan kesihatan COVID-19 atau swop test dan kos ditanggung oleh majikan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang memulakan ujian saringan kesihatan di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

“Jika ada ada kes positif di premis-premis, arahan ditutup serta merta,” katanya. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button