Luar Negara

Singapura rampas 18kg dadah bernilai RM4.4 juta dari kereta tiba dari Malaysia

SEBUAH kereta yang tiba di Republik Singapura dari Malaysia membawa dadah jenis heroin hampir 18 kilogram (kg) dirampas agensi anti-narkotik negara itu.

Rampasan itu dilaporkan oleh media tempatan negara jiran sebagai tangkapan terbesar Singapura dalam tempoh dua dekad.

Menurut Biro Narkotik Pusat, agensi berkenaan telah menahan tiga lelaki warga Malaysia berusia antara 23 dan 28 tahun berikutan pemeriksaan kenderaan itu pada Rabu lalu.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kenderaan berkenaan, ditemui 17.7kg heroin, 261gm kristal methamphetamine dan 2 gram (gm) pil ekstasi.

Pemandu kereta itu ditahan di tempat kejadian dan pegawai percayai dua lelaki lain sebagai penerima, ditahan pada hari berikutnya.

Singapura antara negara yang mengenakan hukuman paling berat di dunia berkaitan pengedaran dadah termasuk hukuman gantung.

Pengedaran lebih daripada 15gm heroin tulen atau 250gm methamphetamine boleh membawa kepada hukuman mati.

Agensi narkotik menganggarkan dadah dirampas itu bernilai kira-kira SGD1.3 juta (RM4.4 juta). – SM

(Visited 836 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button