NegeriRencah Hidup

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin Zon Kangar 1 meriah

SAMBUTAN Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin Zon Kangar 1, Perlis yang disertai 462 kanak-kanak Tadika Perpaduan (TP) disambut meriah di perkarangan Pangsapuri Seri Sena, Kangar, semalam.

Ia disertai oleh kanak-kanak dari 11 kelas TP Kangar 1 iaitu TP Allamanda, TP Carnation , TP Cempakawali , TP Seri Pagi, TP Bunga Raya , TP Kemuning , TP Seroja , TP Cempaka , TP Ixora , TP Kaktus dan TP Bunga Tanjung.

Salah seorang kanak-kanak berpakaian tradisional membeli makanan di salah sebuah reruai sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin Zon Kangar 1 di pekarangan Pangsapuri Seri Sena, Kangar hari ini.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis, Hanita Ahmad menyempurnakan majlis perasmian dan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pelbagai acara diadakan sempena program ini termasuk sesi menduga kebijaksaan kanak-kanak menerusi
Kuiz Perpaduan “Kenali Diri Saya”.

Rata-rata hadirin yang hadir terdiri daripada kalangan ibu bapa dan waris, terpegun melihat kanak-kanak bergaya sakan kerana menyertai Pertandingan Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum.

Sebahagian kanak-kanak Tadika Perpaduan menyertai Pertandingan Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin Zon Kangar 1 di pekarangan Pangsapuri Seri Sena, Kangar hari ini.

Permainan “Indoor Game” iaitu Congkak dan Batu Tujuh juga diadakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali dan mencuba permainan tradisional.

Selain itu, turut diadakan Pertandingan Kuiz Bijak Kewangan “My Money”.

Cop Tangan Kanak – kanak dengan warna untuk menjadikan bendera Palestin juga diadakan.

Pada majlis yang sama, diberikan Anugerah Tokoh Kanak-Kanak – Wira dan Wirawati bagi setiap 11 TP yang terlibat selain diadakan cabutan bertuah yang mana, masing-masing yang bernasib baik akan pulang dengan hati yang gembira.

Sebahagian kanak-kanak Tadika Perpaduan menyertai Cop Tangan dengan warna untuk menjadikan bendera Palestin diadakan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin Zon Kangar 1 di pekarangan Pangsapuri Seri Sena, Kangar hari ini.

Jualan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati oleh kanak-kanak yang hadir turut menjadi salah satu aktiviti menarik.

Juga diadakan reruai Pameran Agensi bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membolehkan ibu bapa dan waris mendapat maklumat berhubung pendidikan anak untuk masa depan. – SM

BACA DXN bantu proses perkembangan kanak-kanak

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button