Bola SepakSukan

Safawi Rasid hadiahkan gol kemenangan buat Harimau Malaya

Tahniah!!! Harimau Malaya berjaya menumpaskan Thailand dengan gol tunggal hasil sepakan penalti Safawi Rasid dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Kelayakan Piala Asia 2023 di gelanggang berkecuali di Stadium Al-Maktoum, Dubai, UAE sebentar tadi.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan G ini, Corbin Ong, Mohamadou Sumareh, serta Syamer Kutty tidak dibenarkan beraksi sekaligus memaksa barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Tan Cheng Hoe untuk menggunapakai pemain sedia ada seperti Azam, Syahmi dan Nazmi Faiz dalam misi memburu kemenangan di Dubai.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan mencipta peluang berbahaya pada separuh masa pertama. Bersambung babak ke-2 Malaysia akhirnya memecahkan kebuntuan jaringan apabila Safawi Rasid menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-52 menjadikan keputusan 0-1.

Sepakan penalti dihadiahkan oleh pengadil dari Arab Saudi tersebut berpunca dari gerakkan menarik diantara Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid yang kemudiannya dikasari oleh Ernesto di dalam kawasan petak penalti pasukan Thailand. Sepakan penalti yang diambil oleh Sawafi gagal diselamatkan oleh Chatchai Budprom.

Thailand yang tertekan untuk mencari jaringan pernyamaan membuat tiga pertukaran sekaligus walau bagaimanapun gagal memperoleh sebarang gol. Asakan bertali arus kedua-dua pasukan kekal hingga tamat masa perlawanan dan Malaysia membawa pulang 3 mata penuh sekaligus naik ke tangga ke-3 kumpulan G.

Malaysia dan Thailand secara meritnya sudah layak ke pusingan kalah mati untuk beraksi di Piala Asia 2023 namun kemenangan Malaysia memberikan kelebihan mengelak pasukan lebih kuat di Asia selain memberikan mata ranking FIFA sebanyak lebih 15 mata. – SM

(Visited 699 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button