Alam SekitarPencemaran

Sungai Semenyih nyaris tercemar tumpahan minyak

Tumpahan minyak daripada sebuah premis kilang minyak sawit mentah, petang semalam hampir mencemarkan Sungai Semenyih, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima aduan berhubung kes itu kira-kira pukul 7 petang dan mendapati terdapat tompokan minyak yang dikesan pada kawasan aliran longkang keluar premis berkenaan.

“Pihak premis memaklumkan kepada LUAS bahawa terdapat masalah teknikal pada tangki simpanan yang menyebabkan limpahan minyak keluar daripada tangki pemprosesan kilang.

“Susulan itu, LUAS mengaktifkan kod kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan yang berisiko menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, yang terletak kira-kira 15.9 kilometer (km) daripada lokasi kejadian,” katanya Utusan Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, syarikat berkenaan mengesan tompokan minyak mengalir masuk ke dalam Sungai Rinching walaupun sudah meletakkan serbuk karbon teraktif di kawasan aliran air keluar dari kilang ke sungai terbabit.

Susulan itu, oil boom dipasang bagi mengurangkan serta menghalang aliran sisa minyak dari terus memasuki Sungai Rinching dan mengalir ke Sungai Semenyih.

“Ujian pensampelan bau dijalankan pada pukul 5 pagi tadi di dua sungai berkenaan mencatatkan bacaan sifar ton dan aliran sungai dalam keadaan normal.

“Selain itu, tiada kesan bau minyak dikesan di dalam sumber air mentah sekaligus berjaya mengelakkan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan gangguan bekalan air kepada pengguna,” katanya.

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button