Nasional

Korban Covid-19 lebih 20,000, hampir setengah juta dijangkiti

JUMLAH korban virus maut COVID-19 diseluruh dunia kini seramai 20,847 orang.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Itali masih lagi mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu seramai 7,503 orang diikuti China (3,350), Sepanyol (3,434), Iran (2,077) dan Perancis (1,434).

Jumlah bilangan yang dijangkiti pula hampir setengah juta orang iaitu 467,866 orang.

China masih mencatatkan bilangan kes paling ramai iaitu 81,896 diikuti Itali (74,386), Amerika Syarikat (65,778), Sepanyol (49,575), Jerman (37,323), Iran (27,017) dan Perancis (25,600).

Malaysia berada pada kedudukan 22 dengan jumlah jangkitan sebanyak 2,031 dan jumlah korban seramai 23 orang.

Dalam pada itu jumlah kes yang sembuh pula seramai 112,772 orang.

BERITA BERKAITAN

Sementara itu para petugas kesihatan di Itali terus buntu. Ini ekoran jumlah kes  menurun semalam. Namun data menunjukkan jumlah kes baharu dan kematian terus meningkat, Ia menyaksikan betapa sukarnya untuk membendung wabak tersebut.

Sejumlah 712 orang sudah menjadi korban akibat penyakit itu dalam 24 jam terakhir,

Sekali gus melonjak kepada jumlah korban keseluruhan 8,215 orang – lebih dua kali ganda dari tempat lain di dunia.

Jangkitan baharu pula meningkat 6,153 kes, menjadikan setakat ini 80,539.

Terdapat sedikit penurunan dalam kedua-dua kes baharu dan kematian awal minggu ini, Tetapi wilayah utara Lombardy, pusat wabak itu, menyaksikan jumlahnya naik semalam (Khamis).

“Saya tidak tahu jika kita telah membendungnya atau jika kita terlepas sesuatu. Semua yang saya boleh katakan ialah saya bimbang,” kata Gabenor Lombardy, Attilio Fontana kepada wartawan, sambil menambah keadaan itu akan menjadi lebih jelas.

“Saya fikir dalam masa dua atau tiga hari, kita akan faham jika langkah-langkah yang (betul) telah diambil,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran apabila kes-kes baharu kemudiannya menyusut, kerajaan tidak semestinya melonggarkan lockdown, yang akan diteruskan 3 April depan.

Situasi amat membimbangkan di Lombardy, metropolis Milan yang juga pusat kewangan Itali, di mana jangkitan baharu melonjak lebih dari 800 sehingga mencecah 7,000 kes.

Hanya wilayah jiran Bergamo dan Brescia yang mempunyai jumlah kes lebih tinggi.

Wabak COVID-19 mengakibatkan 40 doktor setakat ini meninggal dunia, kebanyakannya di bandar dan utara negara itu.

Kawasan selatan yang kurang maju di Itali semakin cemas dengan beberapa wilayah melaporkan kadar pertumbuhan kes-kes baharu melebihi purata kebangsaan. -SM

Tags

Related Articles

Back to top button
Close
Close