fbpx
Hiburan

Bertunang: Zizan Razak ucap tahniah kepada ‘Zizan Razak’

TAK pernah-pernah dibuat orang apabila mengucapkan tahniah kepada diri sendiri dengan berita yang mengembirakan.

Tapi itulah yang dilakukan oleh Zizan Razak apabila mengucapkan tahniah kepada dirinya apabila membaca laporan sebuah portal berita kononya dia telah bertunang dengan seorang gadis di Terengganu.

Bagaimanapun menurut Zizan, yang menjadi persoalan adalah, dia masih belum berpeluang untuk pulang ke kampung sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Tahniah Zizan Razak. Dengan berita yang sangat membahagiakan ini. Yang menjadi persoalan start dari awal PKP sampai sekarang saya belum dapat balik Terengganu.

“Jadi gadis Terengganu mana yang menjadi tunang. Mungkin pertunangan kami dengan menggunakan Skype atau nawaitu sahaja,” kata Zizan.


Portal berita itu menyiarkan laporan bertajuk ‘Zizan Razak dah selamat bertunang dengan gadis Terengganu?

Bagaimanapun laporan berita itu menulis, pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara itu menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah bertunang dengan gadis yang berasal dari Terengganu.

Terkejut dengan desas-desus terbabit, Zizan menganggap dakwaan tersebut sebagai satu doa.

“Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.

“Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.

“Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa,” kata Zizan dalam berita yang ditulis oleh portal tersebut.-SM

(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button