Nasional

Ditahan polis ketika leka berpesta

SEBUAH pesta muzik yang sedang diadakan bertukar kecoh selepas diserbu polis di Gudang Noisy, Jalan Pandan Utama, Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten komisioner Noor Azmi Yusoff berkata,serbuan ke lokasi berkenaan dilakukan kira-kira pukul 11 malam.

“Semasa serbuan dilakukan, premis sedang memainkan muzik dengan kuat dan kesemua pengunjung berada dalam keadaan bersesakan.

“Terdapat 46 orang pengunjung terdiri daripada 39 orang lelaki dan wanita (8) seorang lelaki warga asing. Turut ditahan seorang lelaki sebagai penganjur dan pemilik premis,” katanya.

BACA> Pencemar mural Agong dilakukan dua wanita?

Menurut Noor Azmi, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan muzik dan sejumlah wang tunai.

Jelasnya, saringan ujian air kencing terhadap semua pengunjung mendapati 14 orang positif dadah iaitu 12 lelaki dan 2 wanita.

“Kesemua pengunjung dikenakan kompaun manakala penganjur pula disiasat kerana menjalankan pusat hiburan tanpa lesen.

BACA> Sultan Selangor titah pencemar mural Agong ditangkap segera

“Lelaki warga asing itu pula disiasat di bawah Akta Pencegahan Dan Pengaawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Tambahnya, bagi kesalahan dadah pula akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button