fbpx
Nasional

Singapura enggan lanjutkan sokongan kediaman sementara

SINGAPURA enggan meluaskan sokongan kediaman sementara kepada majikan yang terlibat selepas 31 Mac ini berikutan langkah Malaysia melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April nanti.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) negara republik itu mengumumkan pada 17 Mac lalu bahawa mereka akan menyediakan sokongan kediaman sementara bagi membantu majikan membiayai kos tambahan tempat tinggal kepada pekerja yang terjejas perikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Malaysia pada 18 Mac lalu.

Memetik laporan ASTRO Awani, kerajaan Singapura menyediakan sokongan kewangan sebanyak S$50 satu malam kepada majikan di negara republik tersebut selama 14 malam bagi setiap pekerja yang terjejas oleh perintah itu.

“Bagi tujuan kemampanan dan kesinambungan perniagaan jangka panjang, majikan perlu membuat keputusan yang terbaik bagi menempatkan pekerja mereka di Singapura.

“Ini termasuk perkongsian kos tambahan dengan pekerja yang terjejas,” katanya menerusi laman web MOM.


BERITA BERKAITAN:

Kementerian itu menggalakkan semua majikan yang terlibat untuk mencari pilihan kediaman yang lebih mampan.

Sepanjang minggu lepas, kerajaan Singapura mendakwa telah membantu memudahkan penginapan untuk pekerja yang terlibat.

Secara keseluruhan, katanya, kerajaan Singapura telah membantu sekitar 2,000 firma membabitkan penginapan untuk lebih 10,000 pekerja yang terjejas.

MOM juga menambah, terdapat firma yang telah membuat penyelesaian sendiri bagi menampung pekerja yang terjejas.

Sejak itu, MOM telah menghubungi para majikan untuk memastikan pekerja mereka berjaya ditempatkan di kediaman sementara yang selamat dan sesuai.

Menurut kenyataan MOM itu lagi, sekarang, akan bermula fasa seterusnya iaitu bekerjasama dengan majikan untuk memudahkan pemindahan pekerja yang terjejas ke kediaman alternatif yang lebih mampan di Singapura.

Kementerian menyatakan, Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi kesan kepada kedua-dua pemegang Pas Kerja dan warga Singapura sendiri serta penduduk tetap yang berulang-alik dari Singapura ke Malaysia dan sebaliknya.

Malaysia pada dua hari lalu melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP yang berakhir pada 31 Mac hingga 14 April bagi mengawal penularan Covid-19.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, trend tersebut dijangka akan  berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun.

Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button