Nasional

Jadilah warga kerja JPM yang berintegriti

Jadi contoh kepada kementerian lain

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu seluruh warga kerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjadi warga kerja yang berintegriti. Beliau juga mahu warga kerja JPM dijadikan contoh kleapda kementerian-kementerian lain.

Oleh yang demikian, Ismail Sabri mengingatkan seluruh warga kerja JPM agar bekerja dengan jujur dan berintegriti.

Katanya, dengan sikap sebegitu, hampir semua dasar negara yang tertumpu pada jabatan berkenaan dalam dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Ismail Sabri berkata demikian pagi ini ketika menyampikan amanat kepada warga JPM, di Putrajaya.

Perdana Menteri memberi peringatan dan saranan tersebut kepada kakitangan JPM kerana beliau mahu warga kerja menunjukkan contoh yang baik kepada kementerian lain dan rakyat mengenai pelaksanaan dasar kerajaan.


“Kebanyakan dasar kerajaan yang diumumkan berada di bawah punca kuasa JPM termasuk berkaitan dengan ekonomi seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2022, agama dan isu berkaitan Sabah Sarawak.

“Seluruh mata rakyat tertumpu hampir keseluruhannya kepada JPM kerana perkara berkaitan dengan negara dan rakyat terutama isu dasar, adalah di bawah JPM.

“Saya harapkan sokongan dan kerja keras semua pihak di JPM… dari pegawai, pemimpin dan kakitangan keseluruhannya,” katanya. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button