fbpx
Nasional

Hanya sekolah di zon merah sahaja ditutup

Hanya sekolah-sekolah yang yang berada di kawasan zon merah sahaja akan ditutup.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah yang ditutup ialah di kawasan-kawasan zon merah seperti di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak Dan Semporna, Sabah.

“Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memantau keadaan kes Covid-19 di sekolah di seluruh
negara.

“Jika ada sebarang kes Covid-19 melibatkan warga sekolah, KPM akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menanganinya,” katanya

Menurutnya, dalam hal ini, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah.


Jelasnya, jika perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button