Rencana

Tiada PKP, tetapi tambahan SOP

DARIPADA perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, jelas negara tidak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

Bagaimanapun kemungkinan tambahan prosedur operasi standard (SOP) untuk aspek tertentu bagi memastikan lengkuk wabak diratakan dan sekali gus rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan.

Negara tidak mampu melalui satu lagi PKP walaupun kes baharu hampir mencecah angka 700, kerana ia akan menyebabkan keluk ekonomi akan landai dan tidak akan dapat pulih untuk tempoh yang panjang.

Oleh itu kerajaan tiada pilihan selain daripada mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PPKD) terhadap kawasan yang dikenal pasti.

SOP tambahan itu akan dikenakan melibatkan majlis-majlis melibatkan jumlah hadirin yang ramai.


Lagipun kita sedia maklum bagaimana untuk mengatasi penularan wabak ini. Apabila kita gagal mematuhi SOP termasuk kuarantin, kes baharu terus melonjak.

Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kluster masih boleh dikenal pasti dan mereka yang berhubung dengan pesakit masih dapat dikesan kerana terdapat sistem dan SOP untuk pemantauan.

Penggunaan aplikasi MySejahtera telah dengan mudah membolehkan mereka yang berpotensi dijangkiti dikesan dan dihubungi untuk pemeriksaan.

Dalam hal ini orang ramai tidak boleh terlampau berharap kepada pihak berkuasa semata-mata tetapi perlu terus tegas dalam soal SOP.

Contohnya bila terdapat mereka yang bergelang merah jambu di tempat awam pihak polis akan segera dimaklumkan dan diberkas.

Orang politik sendiri perlu mengakui mereka telah melakukan kesilapan besar apabila mengambil mudah dengan SOP ditetapkan.

Marilah kita bersama-sama patuhi SOP dan putuskan rantaian pandemik Covid-19.

 

(Visited 78 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button