Ekonomi

SME Bank sedia pembiayaan, latihan keusahawanan untuk PMKS Sabah

SMALL Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) meneruskan inisiatif Jom XCESS ke Wilayah Sabah  dengan menawarkan kemudahan pembiayaan dan khidmat nasihat untuk usahawan PMKS. Antara pemangkin utama sektor perniagaan yang dikenal pasti oleh SME Bank bagi wilayah ini ialah usahawan dari industri Pembuatan, Pembinaan serta Pelancongan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, “SME Bank telah menganjurkan sebanyak tiga sesi Jom XCESS yang melibatkan seramai 311 orang usahawan PMKS dari wilayah utara, Kuala Lumpur dan pantai timur. Sebagai langkah menyokong inisiatif ini, wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut memberi taklimat tentang Program Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor (PPKV), sebuah inisiatif untuk meningkatkan penglibatan syarikat vendor dalam pasaran domestik dan antarabangsa.”

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick

Ewon turut menambah, “KUSKOP juga telah menyediakan pelbagai dana pemudah cara bagi tujuan peningkatan kapasiti usahawan seperti Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial SME Bank bernilai RM20 juta. KUSKOP turut menyediakan dana keseluruhan bernilai RM11.5 juta khusus untuk CEDAR laksanakan empat program pembangunan kapasiti keusahawanan bagi tahun 2023.”

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail menyatakan, “Pada tahun 2022, tiga buah cawangan SME Bank di Sabah iaitu Sabah Regional Centre dan Kota Kinabalu Enterprise Centre di Kota Kinabalu, dan juga Tawau Enterprise Centre telah memproses dan meluluskan pembiayaan bernilai RM168 juta. Sehingga Jun tahun ini pula, SME Bank telah memproses dan meluluskan pembiayaan bernilai RM48 juta.”

“Tiga portfolio utama SME Bank bagi Kota Kinabalu khususnya ialah perdagangan borong dan runcit, restoran dan perhotelan bernilai RM125 juta; pembinaan dengan nilai RM71 juta dan kewangan, insurans, hartanah dan aktiviti perniagaan bernilai RM40 juta,” ujar Aria.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail

Antara kemudahan pembiayaan yang ditawarkan pada Jom XCESS SME Bank edisi Wilayah Sabah ini termasuklah IBS Promotion Fund 2.0, Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG) serta Pembiayaan Pelancongan Penjana di samping pelbagai program pembiayaan yang lain.

Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), turut hadir bagi sesi konsultasi tentang keperluan peningkatan kapasiti usahawan PMKS.

SME Bank turut menyerahkan replika cek sumbangan ke Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan Komprehensif 9 (SKPPK9) bernilai RM25,000.00 untuk pembinaan dewan terbuka SKPPK9. “Dengan adanya infrastruktur ini, akan membolehkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bidang Pembangunan Pelancongan Berasaskan Pendidikan atau School of Tourism dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan menarik,” tambah Aria lagi.

Majlis perasmian Program Jom XCESS Pusat Wilayah Sabah SME Bank telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Manakala, sesi serahan replika cek pula disampaikan oleh Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail kepada Aloysius Robert, Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan Komprehensif 9. – SM 

Artikel berkaitan > SME Bank serah dana fasilitasi RM847,407 kepada 5 usahawan Negeri Sembilan

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button