Hiburan

Farahdhiya dedah terima gambar ‘anu’ yang diletak atas mukanya

MUNGKIN sudah tidak tahan dengan gangguan seksual yang diterima di laman sosial membuatkan Farahdhiya meluahkan masalahnya itu di laman sosial.

Menurut Farahdhiya, dia sudah hilang sabar dengan perangai individu yang sering menghantar gambar dan mesej yang tidak senonoh.

“Peringatan untuk lelaki-lelaki di luar sana. Saya boleh terima anda sebagai peminat yang sukakan bakat saya, I appreciate that.

“Tapi saya hilang sabar dengan mereka yang sering menghantar mesej tidak senonoh kepada saya sejak saya mula mempunyai akaun Instagram lagi.

“Macam-macam saya pernah dapat. Gambar anu, anu yang diletak atas gambar muka saya, mesej tidak senonoh dan ada tidak henti-henti hantar mesej walaupun saya tidak balas,” katanya.


Ujarnya lagi, bukan setakat itu sahaja, ada juga individu yang cuba menceroboh ruang peribadinya dengan mencari alamat rumah dan mengajaknya beriadah.

Malah, Farahdhiya turut menyifatkan apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang salah dan sangat menakutkan baginya.

“Tolong jangan ganggu saya lagi sebelum saya bertindak untuk membuat laporan polis kerana sudah bertahu-tahun saya sabar dengan perangai kurang ajar lelaki yang begini di sosial media.

“Apabila sudah tiada rasa hormat pada wanita, maka inilah jadinya.

“Hanya keraba bapa saya sudah tiada, jangan ingat yang saya tidak boleh lindungi diri sendiri. Jangan cabar saya atau saya akan terus hubungi pihak polis,” katanya.

Ini bukan kali pertama Farahdhiya mendedahkan isu gangguan seksual yang dihadapinya kerana beberapa tahun sebelum ini juga, penyanyi ini sudah memberitahu perkara yang sama.

Namun, masih terdapat individu-individu yang meneruskan kegiatan mereka terhadap penyanyi itu. -SM

(Visited 469 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button