Hiburan

Intraday ‘Rompak’ Pavilion

FILEM Rompak telah melakar sejarah tersendiri apabila diterbitkan dengan memanfaatkan teknologi baru NFT (Non-Fungible Token) yang didokong oleh ribuan ahli komuniti yang menjadi pemegang NFT bagi filem ini.

Filem yang dibintangi Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlyyn, Niezam Zaidi, Siti Khadijah Halim, dan Chubb E ini bakal menjadi karya filem pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT. Filem ini mengangkat tema isu penipuan dan ‘scam’ yang seringkali berlaku di kalangan masyarakat negara ini.

Filem yang diterbitkan secara bersama antara portal kewangan Intraday.my dengan syarikat produksi 4ward Pictures telah melangsungkan majlis tayangan perdana di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur Sabtu lalu dengan dihadiri barisan penerbit dan pelakon utama yang terlibat dalam menjayakan filem Rompak ini.

Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan pemegang NFT filem ini.

Pada majlis itu juga telah berlangsung pelancaran iklan digital NFT 3D, runut bunyi lagu filem berkenaan berjudul Tragis dan juga treler filem.

ROMPAK mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Jun 2022. Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuk Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlynn, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Pelancaran ini telah mencipta sejarah apabila disiarkan di papan iklan digital gergasi di pintu masuk pusat beli belah Pavilion dengan disaksikan ribuan pengunjung.

Sesuai dengan arus teknologi dunia masa kini, permintaan terhadap karya seni dalam bentuk NFT semakin meningkat dan penggunaan teknologi berasaskan ‘blockchain’ atau blok rantaian ini semakin mendapat perhatian ramai termasuk selebriti dan jenama terkemuka di dunia.

Selebriti dan atlet terkenal luar negara seperti Justin Bieber, Eminem, Lionel Messi, Paris Hilton, Snoop Dogg dan ramai lagi antara yang membabitkan diri dalam dunia NFT.

Terma Non-Fungible Token atau NFT barangkali ada yang masih kabur mengenainya. Namun, ia sudah menjadi satu aliran dan ‘sensasi’ terkini sejak kebelakangan ini.

NFT dalam erti kata mudah seperti salah satu bentuk geran yang memberikan hak cipta terhadap aset secara digital. Ia agak popular dalam bentuk perkongsian gambar.

Tetapi, kini pelbagai pihak melihat kepada kepelbagaian penggunaan teknologi NFT ini.

Ia kini juga luas digunakan untuk lukisan, muzik, animasi, GIF, video, kosmetik dalam permainan video, tiket konsert, keahlian kelab dan macam-macam lagi.

Malaysia sendiri turut mengorak langkah menjadikan NFT sebagai dagangan utama yang menyaksikan token digital sebegini membolehkan sesiapa saja menjual dan membeli hak milik aset digital.

Produksi filem Rompak terbitan Intraday.my menjadi yang pertama memanfaatkan NFT dengan utiliti khas kepada pemiliknya dan bukti pemilikan NFT ini disimpan di dalam rantaian blok, menjadikannya “tidak boleh diubah” dan unik sehingga mempunyai nilai tersendiri yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Ketua Pegawai Eksekutif Moshed Tech Sdn Bhd, Moshed Mohamad

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Moshed Mohamad berkata sudah tiba masanya NFT diterima dan diguna pakai di negara kita.

“Dalam erti kata mudah, NFT ini boleh difahami melalui situasi sebegini. Bayangkan ada sebuah karya seni digital yang mempunyai pesona dan tarikan tersendiri tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai.

“Tapi kita tahu, karya digital sebegitu mudah saja ‘dicuri’ sesiapa dengan kepesatan teknologi sekarang. Ada saja pihak yang sewenang-wenang ‘merompak’ tanpa memberikan kredit atau maklumat sumber diperolehi.

“Jadi melalui penggunaan NFT itu, karya seni ini boleh dilindungi dan disifatkan sebagai aset yang ada nilai tersendiri,” kata Moshed.

Tambah Moshed lagi, NFT ini terikat dalam satu kontrak yang berada dalam blok rantaian sampai bila-bila.

Katanya, pengguna atau peminat juga mempunyai hak milik tertentu ke atas karya filem itu  bergantung cara pemilikan yang ditentukan pihak penerbitan.

“Umpama orang guna barang ‘rare’ atau barang koleksi edisi terhad. Barang itu tentunya asli dan kita boleh menjejaki siapa pemilik asalnya menerusi NFT. Blok rantaian itu pula dilihat seperti kod di mana orang luar dapat lihat dan tahu ia kepunyaan siapa.

“Seperti projek filem Rompak, kita keluarkan NFT yang dipanggil sebagai pemegang projek. Bererti mereka yang menyokong filem ini, kita boleh kesan mereka.

“Sebagai contoh, kita jual 1000 saham atau pegangan sebelum ini tanpa boleh tahu siapa mereka. Tapi sebaliknya dengan NFT kita boleh tahu. Mereka yang beli dan memiliki NFT filem ini juga dapat merasakan ia seperti karya kepunyaan mereka. Malah mereka juga mendapat manfaat termasuk keuntungan 20 peratus daripada royalti filem apabila ia ditayangkan nanti,” katanya.

Moshed menambah, NFT membolehkan pelbagai masalah berbangkit seperti isu royalti yang sebelum ini mengundang perdebatan hebat.

“Menerusi NFT ini juga kita mahu mencetuskan revolusi baharu buat pengkarya seni untuk mempelbagaikan pendapatan daripada karya filem dihasilkan.

“NFT diperkenalkan juga untuk mendidik orang ramai sebagai ‘financial market media’ untuk melakukan benda yang diterima ramai.  Kita mahu mendidik mereka yang menonton filem ini  untuk sertai NFT.

“Kita mahu wujudkan komuniti ini dengan mengajar dan mendedahkan mereka fasal NFT sekitar tiga keempat bulan. Bukan sekadar ‘melabur’ beli NFT begitu saja, tapi kita mahu mereka memahami ilmu dan kepentingannya. Kita mulakan dengan projek filem ini sebagai mukadimah. Kita sasar 50,000 komuniti NFT ini di Malaysia dapat diraih dalam masa terpantas,” katanya.

Majlis tayangan perdana filem ROMPAK di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur Sabtu lalu

Katanya lagi, menerusi Intraday, pelbagai instrumen seperti kadar tukaran saham, pembelian emas dan pelaburan lain mahu disebar luaskan.

“Harus diingat NFT ini satu teknologi yang berdasarkan kadar tukaran wang. Mungkin dua ketiga tahun lagi, akan lebih ramai faham apa yang cuba kita lakukan menerusi NFT ini.

“Macam harga filem Rompak ini dijual berdasarkan harga penawaran pasaran. Kita buka harga pengenalannya dengan pelbagai peringkat termasuk ‘private sale’, ‘pre-sale’ dan ‘public sale’.

“Sebagai contoh, beli dengan harga RM400 secara ‘private’. Tapi apabila ia dibuka umum, harga itu boleh mencecah ke RM1000. Komuniti yang membelinya boleh meletakkan RM1000 sebagai harga lantai,” katanya.

Moshed berkata lagi, teknologi NFT ini menggabungkan banyak benda seperti sebuah pusat dagangan pasaran saham.

“Contohnya apabila membeli sesuatu benda dengan harga tertentu, pasti ada turun naik. Semua boleh berpakat tak mahu menjualnya dengan harga rendah.

“Makin lama, harga itu akan melambung naik. Kita juga akan memperkenalkan projek seterusnya yang menjadikan NFT sebagai utiliti.

“Sesiapa yang membeli Rompak secara NFT juga berpotensi untuk mendapat peluang membeli dengan harga murah untuk projek  seterusnya,” katanya.

Jualan unit-unit NFT untuk filem Rompak sejak dilancarkan pada sesi ‘private sale’ pada januari lalu sehingga sekarang telah mencecah Rm1 juta terkumpul.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan NFT filem Rompak boleh layari intradaynft.io sekarang.

Dengan kehadiran NFT ini, orang ramai berpeluang membeli NFT untuk filem tersebut dan boleh menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan padanya.

Berdasarkan laman rasmi IntradayNFT, mereka menyatakan akan menawarkan sebanyak 20 peratus royalti kepada pemegang NFT dalam menawarkan kandungan eksklusif belakang tabir serta menerima kebolehan untuk mengundi siapakah pelakon untuk filem berikutnya pula.

Filem Rompak akan ditayangkan di Astro First bermula 16 Jun 2022.

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button