Ekonomi

Rizab antarabangsa Bank Negara kekal AS111.1 bilion pada 15 Julai

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia tidak berubah pada AS$111.1 bilion pada 15 Julai berbanding dengan 30 Jun.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu mengatakan kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.0 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luaran jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.2 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak penarikan khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.1 bilion).

Aset tersebut terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.82 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.22 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.47 bilion) , tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM16.29 bilion).

Bank Negara menambah, modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM183.26 bilion), mata wang yang beredar (RM142.79 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM144.37 bilion), deposit kerajaan persekutuan ( RM12.79 bilion), deposit lain (RM9.78 bilion), kertas Bank Negara (RM9.14 bilion), peruntukan SDR (RM7.98 bilion), dan liabiliti lain (RM5.14 bilion).

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button