Ekonomi

CNERGENZ Berhad mula disenaraikan di pasaran ACE, harga saham catat peningkatan 4.31%

 CNERGENZ Berhad (“CNERGENZ” atau “Syarikat”), penyedia penyelesaian pembuatan elektronik terkemuka yang berpangkalan di Pulau Pinang, telah membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) di bawah sektor Teknologi, dibuka pada RM0.605 sesaham, iaitu premium sebanyak RM0.025 atau 4.31% melebihi harga IPO RM0.58 sesaham.

Pengerusi CNERGENZ, Datuk Azman Mahmud, mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Securities, UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd serta pihak lain yang terlibat dalam pelaksanaan IPO, dan berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur yang telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan mereka kepada CNERGENZ, dan atas sokongan mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan IPO CNERGENZ.”

“Saya yakin bahawa CNERGENZ akan meneruskan trajektori pertumbuhannya, meningkatkan kehadiran dan operasi pasarannya melalui rancangan pengembangan dan pembangunan masa depannya. Kami percaya bahawa pengenalan CNERGENZ ke bursa saham akan membawa keterampilan yang lebih besar kepada pelabur, dan menyerlahkan kepentingan penyelesaian pembuatan elektronik dalam membina ekosistem pembuatan yang maju dan cekap di negara ini, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab elektronik dan semikonduktor global .”

Melalui IPOnya, CNERGENZ telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM58.0 juta, yang dijangka  digunakan ke arah rancangan pengembangan kemudahan Syarikat, aktiviti penyelidikan dan pembangunan, serta tujuan modal kerja am.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal, pelanggan, pelabur dan pemegang saham kami, yang telah menjadikan penyenaraian hari ini satu kejayaan dan peristiwa yang tidak dapat dilupakan.”  Azman menambah.


CNERGENZ ialah penyedia penyelesaian pembuatan elektronik, yang mengkhusus dalam penyelesaian pembuatan teknologi pelekap permukaan untuk industri elektronik dan semikonduktor.

CNERGENZ menawarkan penyelesaiannya, daripada penyelesaian bersepadu seperti sistem barisan pengeluaran dan penyelesaian kilang pintar, kepada jentera, peralatan dan alatan individu, kepada rangkaian lebih 100 pelanggannya yang beroperasi dalam Industri E&S, seperti IDM, OSAT, EMS dan produk elektronik pemilik jenama.

Berpusat di Pulau Pinang, pangkalan pasaran CNERGENZ adalah terutamanya di Malaysia (kecuali Melaka dan Johor), menyumbang 71.9% kepada hasil Kumpulan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dan meluas ke pasaran luar negara di Vietnam dan Thailand.

UOB Kay Hian ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin, dan ejen penempatan untuk IPO CNERGENZ.

(Visited 47 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button