Ekonomi

PropertyGuru Julung Kali Anjur Ekspo Maya Hartanah Selama Sebulan Buat Pencari Hartanah Malaysia

PropertyGuru Malaysia, syarikat peneraju teknologi hartanah (“PropTech”) di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan buat julung kalinya akan menganjurkan ekspo maya hartanah di negara ini. Bermula dari 28 Oktober 2021 sehingga 27 November 2021, pembeli rumah tempatan, ejen, pencari hartanah dan para pelabur akan berpeluang meneroka tawaran hartanah terbaik di Malaysia, akses kepada webinar berinformatif serta mengambil bahagian dalam pelbagai pemberian hadiah yang menarik.

Seiring dengan prosedur kesihatan dan keselamatan awam, PropertyGuru telah mencipta ekspo maya 3D yang direka dengan ciri-ciri fizikal reruai dan tarikan yang sama seperti keadaan sebenar bagi membolehkan pengguna melawat pameran lebih 40+ projek dari seluruh negara. Pencari hartanah juga boleh menjelajah semua reruai pada waktu nyata sambil berinteraksi dengan pemaju dan pakar hartanah mengambil bahagian, semuanya dari keselesaan kediaman mereka sendiri.

“Kami teruja untuk mengumumkan Ekspo Maya PropertyGuru ini bersama-sama penaja utama kami, Alliance Bank, dan kami juga mengalu-alukan kedatangan para pencari hartanah dari seluruh Malaysia untuk menyertai kami dalam ekspo ini.

“Kajian Sentimen Pengguna kami baru-baru ini mendapati bahawa rakyat Malaysia sudah meraikan kehidupan norma baharu apabila majoriti daripada mereka kini lebih sukakan gabungan lawatan fizikal dan lawatan maya, kami juga berharap agar ekspo ini dapat memenuhi citarasa dan keperluan pencari hartanah dengan mengambil kira keselamatan mereka. Kesihatan dan keselamatan pengguna kami adalah keutamaan terunggul, maka kami telah berusaha keras untuk membawa pengalaman serupa ekspo fizikal ke dalam ekspo maya hartanah di mana ia boleh dihadiri oleh semua rakyat Malaysia, walau di mana anda berada di negara ini”, kata Sheldon Fernandez, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia.

Pencari hartanah boleh menjangkakan bahawa mereka boleh berhubung dengan lebih daripada 20 pemaju terkemuka dan bertaraf dunia di negara ini, termasuk pemaju yang mengambil bahagian dalam Kempen Pemilikan Rumah (HOC), seperti Gunung Impian Development Sdn. Bhd., Sime Darby Brunsfield Resort Sdn. Bhd., dan Tropicana Corporation Berhad, serta meneroka tawaran hartanah unggul mereka seperti Prestige Residence, Edelweiss Serviced Residences, Taman Impian Emas di Johor Bahru, Aura Residence, dan banyak lagi.

“Memandangkan negara terus menyesuaikan diri dengan norma baharu dan ramai orang kembali meneruskan perjalanan memiliki rumah mereka, kami berharap agar ekspo ini akan menjadi tempat terbaik untuk mereka bermula.

“Ketika kemuncak pandemik, kami menyaksikan yang acara maya berjaya mendapat sambutan daripada pengguna kerana mereka dapat melihat penyenaraian hartanah melalui lawatan maya sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ini membuktikan yang norma baharu telah mendorong pemain hartanah untuk menggabungkan penggunaan teknologi pada kadar yang lebih pantas kerana di dalam platform kami, terdapat 188 lawatan maya yang menghasilkan peningkatan 47% penyenaraian hartanah menerusi lawatan maya pada tahun 2021.

“Kini, dengan adanya ekspo ini, akan wujud penambahan elemen masa nyata di mana pencari hartanah dan pembeli rumah bebas membuat pertanyaan serta-merta, bertanya soalan dan mendapatkan nasihat”, tambah Sheldon lagi.

Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank, Gan Pai Li berkongsi: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan PropertyGuru dalam menawarkan pakej pinjaman rumah yang menarik dan memudahkan sesiapa sahaja yang ingin memiliki hartanah, sama ada rumah pertama, kedua atau ketiga mereka.

“Kami juga begitu teruja untuk menawarkan Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Alliance pada kadar promosi kepada 100 pendaftar pertama Ekspo PropertyGuru.”

Selain itu, pengunjung boleh memanfaatkan tawaran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) serta promosi daripada pemaju-pemaju yang boleh diperoleh sepanjang sebulan ekspo ini berlangsung, termasuk bayaran tempahan yang rendah, pengecualian yuran dan jualan kilat pada hujung minggu terpilih.

Pelawat juga berpeluang menyertai cabutan bertuah mingguan di mana mereka boleh memenangi SweetDream Royal Blue 5 Star Mattress yang bernilai sehingga RM29,000. Tambahan pula, pembeli rumah berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak RM100 semasa mereka memohon produk-produk terpilih dari Alliance Bank.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasaran hartanah, ada juga pilihan disediakan untuk menghadiri webinar sepanjang tempoh sebulan tersebut, di mana ia akan membekalkan anda pelbagai info industri, trend terkini serta tips dan teknik dalam perjalanan pemilikan rumah.

Pembeli rumah kali pertama juga boleh menghadiri webinar ini dan menyertai sesi sembang langsung bersama penceramah untuk belajar cara membuat lebih banyak keputusan termaklum.

Webinar ini akan merangkumi pelbagai topik relevan hartanah termasuk prospek pasaran hartanah Malaysia dan informasi menyeluruh tentang pembelian rumah pada beberapa bulan mendatang, serta topik berkaitan kewangan seperti penerokaan pilihan pembiayaan semula dalam perjalanan pemilikan rumah individu.

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button