Ekonomi

Angkasa mahu anggota koperasi sekolah sokong vaksin untuk remaja

PELAKSANAAN suntikan vaksin COVID-19 kepada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun amat disambut baik oleh ANGKASA bagi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19 di samping memastikan pengoperasian sekolah secara fizikal dapat dijalankan dalam persekitaran yang selamat.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Abdul Fattah Abdullah ketika hadir menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Klinik Kesihatan Kelana Jaya.

“Selain daripada meneruskan pembelajaran secara fizikal, para pelajar boleh meneruskan aktiviti keusahawan melalui koperasi sekolah yang tertangguh sekian lama akibat penularan wabak ini.

“Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), perolehan gerakan koperasi sekolah pada tahun 2020 adalah sebanyak RM336.04 juta berbanding RM421.11 juta pada tahun 2019.

“Perolehan sudah tentu menurun kerana sekolah tidak dibuka sepenuhnya pada tahun 2020, namun jelas  menunjukkan koperasi sekolah mempunyai daya tahan baik biarpun berdepan dengan pandemik ini. Sehingga kini terdapat 13 buah sekolah yang mencapai perolehan melebihi RM1 juta.”

“ANGKASA percaya dengan pengoperasian sekolah yang dibuat secara berperingkat sepertimana yang diumumkan oleh pihak kerajaan, koperasi sekolah akan dapat digerakkan dengan lebih berkesan dan mencapai perolehan yang lebih tinggi pada tahun ini atau tahun hadapan.

“Kita mahu bakat keusahawanan koperasi ini digilap dari usia muda bermula di bangku sekolah kemudian diteruskan di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) sehinggalah kepada peringkat dewasa. Keusahawanan koperasi seharusnya menjadi satu bentuk pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan sosieokonomi individu, komuniti dan masyarakat di negara ini.” Jelas Abdul Fattah.
Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan berbentuk 1,000 kit kesihatan melalui Coop Farmasi ANGKASA dan makanan ringan bernilai RM7,000 kepada Pegawai Perubatan Kanan Klinik Kesihatan Kelana Jaya, Dr M. Kalaivani.

Hadir sama  Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim.

ANGKASA telah menyerahkan 10,000 sumbangan kepada lapan (8) Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang dengan nilai keseluruhan sumbangan bernilai hampir RM100,000. Sumbangan yang dijalankan di bawah payung COOPCARE bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan negara yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab serta meraikan penerima vaksin yang memberi
sumbangan kepada peningkatan kadar imuniti kelompok.

ANGKASA sebagai badan induk yang mewakili gerakan koperasi negara di peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa giat membantu masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) COOPCARE sejak pandemik COVID-19 bermula pada tahun lepas melalui sumbangan barangan keperluan harian yang terdapat dalam Projek Barang Asas 100 (BA100) dan kit kesihatan menerusi Coop Farmasi ANGKASA.

Sejak bulan Mac 2020 sehingga kini, ANGKASA telah melaksanakan hampir 100 program yang memberi manfaat kepada lebih 55,000 penerima yang terdiri daripada anggota koperasi, petugas barisan hadapan, golongan asnaf, B40, miskin bandar dan golongan rentan dengan nilai sumbangan sebanyak RM2

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button