NasionalPolitik

Calon MCA DUN Kelebang diminta ambil cuti sebagai Timbalan Menteri

Calon Barisan Nasional (BN) dari MCA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang Lim Ban Hong dimita mengambil cuti sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sepanjang tempoh berkempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Ini bagi memastikan Naib Presiden MCA itu tidak menyalahgunakan sumber kerajaan ekoran kedudukannya sebagai timbalan menteri menjelang hari mengundi pada 20 November ini.

“Saya mencabar Lim kemukakan surat ambil cuti (sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), tunjuk kepada rakyat di Kelebang bahawa beliau telah mengambil cuti untuk berkempen sepenuh masa sehingga 20 Nov,” katanya Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung pada sidang media di Ayer Keroh hari ini.

Selain Lim, seorang lagi timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut bertanding  di DUN Tanjung Bidara.

May Ermieyati akan berhadapan dengan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada BN dan Zainal Hassan mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Tanjung Bidara.

 

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button