Nasional

Budi bicara Azhar mohon hakim lepaskan Najib dari prosiding mahkamah

YANG Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan keputusan beliau menulis surat memohon hakim mempertimbangkan permohonan untuk Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Parlimen adalah atas budi bicara sendiri.

Azhar mengingatkan “kita ada doktrin pembahagian kuasa, di mana kuasa mahkamah dan eksekutif adalah sama”.

“Saya tidak perintah atau apa-apa pun. Keputusan ini dibuat atas budi bicara saya. Maka saya memohon pertimbangan hakim, bukan saya arahkan beliau,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, menjawab Ahli Parlimen Tanjong Maling Chang Lih Kang.

Ahli Parlimen PKR itu mempersoalkan apakah keperluan Azhar menggunakan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat meminta mahkamah menangguhkan prosiding kes Najib.

Menurut Azhar, beliau menulis surat memohon hakim mempertimbangkan permohonan untuk Najib hadir ke Parlimen untuk perbahasan menjunjung kasih ucapan Agong kerana pada hari tersebut ruang waktu yang memang diperuntukkan untuk wakil rakyat itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah pada Khamis menangguhkan prosiding pada 3.15 petang, lebih awal daripada masanya, bagi membolehkan Najib menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas menerima surat daripada Azhar.-SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button