Politik

BN tewaskan PKR di Sook

KETUA Pemuda PKR Akmal Nasir mengakui calon parti itu Raymond Ahuar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook tewas kepada Barisan Nasional.

Raymond tewas kepada Bonepes Beendari dari BN dalam pertarungan lima penjuru untuk kerusi Sook.

Akmal berkata di Twitter, “walaupun hasil awal kelihatan positif, hasil keseluruhan tidak rasmi menunjukkan bahawa ini belum waktunya kita di Sook”.

Akmal mengucapkan terima kasih kepada Raymond “kerana memberikan komitmen dan dedikasi sepenuhnya walaupun kami tahu bahawa jalan sukar untuk bertanding di Sook”. – SM

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button