Politik

Banding Guan Eng, Musa tidak lakukan kesalahan rasuah

ISU pertuduhan rasuah Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Man dengan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak boleh disamakan.

Malah perjalanan kedua-dua kes berkenaan juga dilihat berbeza begitu juga dengan keputusan yang diputuskan terhadap mereka.

BACA > Jangan hidup dengan lelaki suka minta duit wanita — Suara Merdeka

Hal demikian dijelaskan Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas, Wan Rohimi Wan Daud yang menyatakan kes membabitkan Musa turut disiasat badan siasatan luar.

Menurutnya, pertuduhan Musa aman merupakan kes lama dan turut disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Rasuah Hong Kong (ICAC).

Justeru, pihak ICAC sudah memaklumkan bahawa mereka selesai menjalankan siasatan dan tiada tindakan lanjut diambil.

Lantaran itu, keputusan untuk membabaskan Musa dibuat secara kolektif yang turut melibatkan pendakwaan dan bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pejabat peguam negara menyimpulkan bahawa dapatan siasatan tidak mempunyai elemen rasuah dan wang yang disalurkan ke dalam akaun bank tertuduh adalah sumbangan politik.

“Jadi, Tan Sri Abdul Ghani Patail menutup siasatan berkenaan kerana tiada elemen rasuah, hal sama turut dilaporkan ICAC,” katanya lapor portal Harakahdaily.

BACA > Bursa Malaysia dibuka rendah — Suara Merdeka
BACA > Turki sambung semula perkhidmatan penerbangan antarabangsa — Suara Merdeka

Jelas Wan Rohimi, berbeza dengan kes Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan itu menjalani perbicaraan penuh.

“Ia merupakan kes baharu. Seramai 25 saksi sudahpun memberi keterangan, malah perbicaraan telah masuk ke peringkat penghujung.

“Jadi tidak sama jika hendak dibandingkan dengan Musa, kes Lim Guan Eng digugurkan. Kes Musa aman adalah kes lapuk yang ditutup sebelum dibicara lagi,” jelasnya.

Terdahulu, Musa berhadapan 35 pertuduhan rasuah membabitkan nilai 63.3 juta Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM270 juta).

Selain itu, 16 pertuduhan lagi membabitkan aktiviti penggubahan wang haram bernilai 37.8 juta Dolar AS (RM161 juta) dan 2.5 juta Dolar Singapura (RM7.7 juta).

BACA > Malaysia aman kalau Anwar, Tun M bersara — Suara Merdeka
BACA > PM setuju adakan PRU mengejut? — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Musa dibebaskan selepas mahkamah meneliti afidavit daripada bekas Peguam Negara, Abdul Ghani Patail. – SM

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button