JenayahNasional

SPRM panggil bekas PM, pegawai dalam masa terdekat

Seorang bekas perdana menteri dan bekas pegawainya akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat untuk membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sekurang-kurangnya empat daripada mereka akan dipanggil.

“Perdana menteri dan bekas pegawainya. Saya tidak mempunyai jumlah berapa banyak tetapi tidak kurang daripada empat orang,” katanya ketika ditemui selepas Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan pihaknya menyiasat proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022, berkait dakwaan penggunaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan membelanjakan hingga RM700 juta untuk pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh berkenaan.

Perbelanjaan itu digunakan dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.

BACA Dana publisiti RM700 juta: Kementerian Komunikasi sedia bantu siasatan SPRM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button