Nasional

Pengawal Keselamatan Tak Pedulikan Laporan Polis, Pilih Cara Sukarkan Urusan Suami Isteri!

Lepas urusan di bank tadi, saya tak tahu kenapa Allah gerak hati nak ke Pusat Bandar Pasir Gudang. Rasa macam nak ngeteh kejap. Tiba-tiba saya didatangi 2 orang, kakak dan abang ni.

Mereka minta tolong saya callkan balai polis sebab pengawal keselamatan yang jaga pintu masuk ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang ni tak bagi mereka masuk. Dah tunjuk report polis pon tetap tak bagi masuk.

Sebab mereka takde handphone, tak boleh scan mysejahtera, dan takde IC. Sebab barang-barang penting mereka semua terbakar dalam lori sewaktu di Endau Mersing. Termasuk handphone, wang tunai, IC, lesen semua. Boleh rujuk gambar report Polis dibawah.

Saya pon cuba callkan balai polis. Dan minta polis sendiri cakap pada pengawal keselamatan. Tapi pengawal perempuan tuh tetap berkeras tak boleh masuk sebab tak boleh scan mysejahtera, alasan risiko kesihatan, blablablabla.

Polis pon cakap tak boleh sebab takde mysejahtera tuh. Jadi phone call ditamatkan. Saya pon dah tak tahu macamana lagi nak bantu akak dengan abang ni. Sebab mereka nak pergi bank, atas urusan nak buat kad bank apa semua sebab dah terbakar kan. Susah sangat nak bergerak pon takde duit. Duit pon pinjam orang dulu. Tapi masalah bank pulak minta mereka buat IC sementara dulu di JPN.

Jadi mereka ni nak ke UTC pusat bandar nak buat IC sementara tulah. Tapi pengawal perempuan ni tak nak bagi masuk sebab takde Mysejahtera?

Dia mintak sesiapa yang boleh masukkan akak abang ni bawah “dependant” Mysejahtera baru boleh masuk. Dah la akak ni ibu tunggal. Nak mintak tolong sedara, sedara pulak kerja. Hadui aku pulak yang sakit hati.

Saya bagi cadangan kat akak abang ni, mintak dia panggil bos dia, tapi dia tak layan sebab sibuk katanya.

Kenapalah susah sangat nak memudahkan urusan orang yang tengah susah. Hanya sebab Mysejahtera takde.

Dah la besok pagi pulak akak abang ni nak kena lapor diri kat balai bomba endau mersing tuh pulak sebab nak setelkan pasal lori terbakar dengan barang2 niaga dia.

Jadi saya mintak jasa baik rakan2 saya dalam FB ni, tolong kasi viral kisah ni supaya sampai ke pihak atasan. Saya bukan siapa2.

Saya pon tak kenal akak abang ni. Tapi saya tengok alamat dia duduk area taman kota masai rumah saya. Niat saya nak mudahkan urusan akak abang ni jer.

Saya pulak yang panas hati dengan sikap tak boleh tolak ansur langsung ni. 😤😤😤🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬.

UPDATE: Saya dah jumpa balik abang dengan kakak tuh jam 9.30pm tadi. Ni apa yang mereka cerita, saya hanya cerita balik.

Memang sebelum abang dengan akak tuh mintak tolong saya callkan polis tuh, rupanya dia dah kena dulu dengan akak guard tuh. Sampai ada bahasa tak sedap didengar yang akak guard tuh keluarkan.

Abang dengan akak tuh memang tak dapat setel urusan dia harini sebab takde MySj/takde handphone. Saya nak tolong add dependant tapi saya pon tak cukup syarat 2 dos.

Plus saya pon naik angin tak boleh fikir apa dah. Akak tuh ada anak tapi masing2 kerja jugak. Mereka ingat dengan ada report polis dah cukup kuatlah nak lepas masuk, tapi maybe lebih kepada sikap guard tuh yang tak boleh tolak ansur/memang nak menyusahkan sebab ada je buku tulis tapi dia nak MySj jugak!!!

Next dia boleh settle tapi nak kena bawak anak dia lah. Anak dia je ada handphone. Akak dgn abg tuh memang susah nak contact sebab takde phone.

Lagi satu susah sebab nak keluarkan duit kat bank. Dia malas nak gaduh sebab penat sangat. Tengok muka pon memang kesian dah penat banyak benda nak setel. Nak hadap dengan masalah ni pulak.

KESIMPULAN: Ini baru satu kes. Ramai jer komen MySJ ni menyusahkan. Orang tua pakai handphone takde camera tak boleh masuk.

Handphone habis battery, apps problem, tak boleh masuk. Disebabkan MYSEJAHTERA satu ni je problem, nak masuk mana2 tempat yang strict SOP ni jadi susah. Lagi pulak jumpa orang perangai tak boleh tolak ansur!

Kredit: FB Izzudin Ismail

(Visited 647 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button