Nasionalpilihan

Ismail Sabri harap perkembangan positif JCPOA antara Iran dan Amerika Syarikat

Malaysia tidak mengiktiraf mana-mana sekatan yang berbentuk sehala terhadap mana-mana negara dan hanya tertakluk kepada sekatan yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Walaupun begitu, berikutan pendedahan risiko susulan mempunyai transaksi dengan pihak di Amerika Syarikat, ia telah menimbulkan permasalahan dalam urusan transaksi perniagaan.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA) adalah sesuatu yang penting buat masa ini.

Selain boleh menyelesaikan permasalahan dalam urusan transaksi perniagaan, JCPO juga menyelesaikan isu pembukaan akaun bagi warga Iran kepada sesetengah entiti Malaysia.

“Saya berharap akan ada perkembangan positif segera melibatkan rundingan Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA).

“Ia secara tidak langsung akan membantu memudah cara urusan perniagaan dengan Iran selain menyelesaikan isu-isu lain termasuk isu perbankan dihadapi rakyat Iran,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berhubung dengan Presdein Repubika Islam Iran, Seyeed Ebrahim Raisi menerusi satu panggilan telefon.

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button