Hiburan

Jangan hidup dengan lelaki suka minta duit wanita

PELAKON, Atikah Suhaime menerusi akaun twitternya meminta supaya semua wanita untuk elak berkawan dengan lelaki yang hanya suka menumpang kesenangan orang lain.

Menurut pelakon kelahiran Singapura itu, dia sebelum ini sudah mempunyai pengalaman bersama lelaki yang hanya bergantung pada dirinya dari segi kewangan.

“Bila suruh pulang laptop, dia kata bateri rosak. Nak baiki dulu. Saya harap takde siapa tertipu dengan dia.

“Duit saya yang dia ambil pun tak dipulangkan. Duit bekas kekasih dia pun diambilnya,” katanya

Jelas Atikah, dia turut berpesan supaya elak berkawan dengan lelaki yang asyik meminta duit dan tidak tahu berusaha sendiri.

“Lebih baik single seumur hidup daripada tinggal dengan parasit dan mati dengan kekecewaan,” katanya.

Jelasnya, ada yang mengatakan dia sebelum ini memilih lelaki yang kaya sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.

Malah, dia sendiri pernah kehabisan wang untuk diberikan kepada ibu bapa sendiri selepas diambil bekas kekasihnya.

“Tunggulah nanti bila ada pengalaman bekerja macam nak gila, tapi akaun bank kosong,” jelasnya.

Dalam pada itu, Atikah kini bercinta dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh selepas putus tunang tahun lalu. – SM

(Visited 2,161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button