JenayahNasional

SPRM siasat lanjut kes pecah amanah, rasuah melibatkan Yayasan Akalbudi

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau menyerahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk menyiasat lanjut kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

“Saya serahkan kepada pegawai penyiasat saya untuk menyiasat perkara ini,” katanya.

Azam berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Pada Isnin 4 September baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan dibuat berdasarkan alasan dikemukakan dan diterima oleh mahkamah.

Hakim Sequerah yang membuat keputusan tersebut menyatakan alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent). – Bernama – SM

BACA Hampir RM26 juta masuk ke akaun pemegang amanah Yayasan Akalbudi ikut undang-undang – Saksi

BACA 45 cek Yayasan Akalbudi tiada kaitan dengan pendakwaan

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button